Wednesday 11 December 2013

First enteri untuk Disember ini. Yahouuu

Assalammualaikum..




Sesorry semua. Da agak lama abang ensyem korang ni tak hupdate teratak katak ni. Huhuhuhu *mesti yang ramai tengah muntah darah sekarang ni.


Pe kabo semua nye?? Harap2 sehat2 belaka2. Semenjak dua menjak tiga menjak ni aku agak sebok dengan persiapan kahwin. HAH!!?? Hamaigad. Jadah apakah aku nak kawen. Mau kena jurus lapan ratus petapa kang aku dengan mak tersayang.


Sekarang da Disember. Oh mai. Mai bukan nama aku. Nape aku mention?? Eh lantak la. Da Disember so bulan ni adalah bulan yang dinanti-nanti kan oleh kanak2 riang selepas hari raya. Time ni dorang nak merehat kan minda serta pinggul yang awrrrr selepas hampir 11 bulan dok tercongong kat atas kerusi. *nampak sangat tak belajar nya. Hahaha


Budak sepeyem pun da habish da paper. Begitu juga budak2 setepeyem. (jadah nya aku pakai bahasa raksasa ni) peduli kan itu semua. Sekarang ni aku tak boleh rehat. Kenapa!!?? Kenapa aku kena belajar time cuti2 yang hening begini. Huaarrghhhhh (sambil gigit member sebelah)


Aku rasa itu je kot yang aku nak kongsi kan setakat ini. Ini perkongsian atau bebelan yang tidak masuk akal. Hoyeahhh


papai..Selamat Bercuti.

p/s:budak2 laki sila bersiap sedia. hua hua hua hua!!!
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 6 September 2013

Kutu binatang yang ohsyem??

Assalammualaikum...





Apa khabar anda semua?? Sihat2 la harap gitu ye.


Ok cukup pengenalan itu, tidak mahu lagi kata manis dan pujangga. Jadah aku mention kutu dalam enteri kali ini.

Oh jangan pikir aku kena serangan kutu itu. Cuma apabila kerja sekolah melanda diri, pikiran mula melayang jauh. Hoooyeaahhh


Hari tu ada tengok iklan kat tv ada tunjuk pasal kutu. tetiba ubah camel..eh maksud aku siaran lain iklan syampoo kepala dan bahu. So ada kena mengena ke?? Apakah agenda mereka berdua tu. Memang takde ape pon saja timbul kan suspend dan terkejuzzz


Asal aku sebut kutu sebagai binatang ke serangga?? biar la. haaa yang ohsem??

Penah pikir macam mana dia boleh survive kat kepala korang lek jee. Tah korang mandi ke tak. Bau lagi. Kalau kita la. Damn sangat.






Mula2 aku pikir kutu seekor habitat pemakan kelemumur. So ada niat nak bela la sekor due tu. Mana tau, jimat duit beli syampoo

ni kat kepala tau.



Rupa2 nye sangkaan aku meleset setelah aku layan dicovery channel, nat geo, astro warna, eh ermm ni saja layan. hehe baru aku tau rupa nya benda ni sangat kejam dan penghirup darah manusia. Tak ohsem langsung.






Damn dia isap darah. Patot la ramai yg bela kutu muka pucat. Ini cinggey nye hal (macam tak masuk je an. hehe)


Maka dengan ini.......


Sambung la nnti. HAHAHAHAHAHAHA




voice mail: jangan bia kan kepala anda penuh kutu. hoooyeaahhh



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday 4 August 2013

Jalan2 Ke Bazaar Yang Ohzemmm~~~

Assalammualaikum semua.




Sayang semua nya, telah terlambat. bla bla bla



Harap korang tau lagu di atas sebab aku tahu part tu je. Yang lain da out terus.


Ok bukan pasal lagu yang aku nak cerita. Pasal bazaar. Yeayyy!! Bazaar!! tempat yang mampu melatih segala nafsu adalah bazaar!! Perlu ke aku ulang. SEGALA NAFSU!!!


Kat bazaar macam2 ade wooo. Foods, drinks, girls?? Hamaigad. This is najis lembu man.


Bila pergi ke bazaar, aku da macam zombie yang kebulur kan otak manusia (tapi kat bazaar just ada otak-otak je). Macam2 nak. Tak tau mana nak pilih. Semua makanan bersinar2 terang.



Taktik2 orang biasa iaitu mengguna kan gadis2 yang lawo tidak berguna pada bulan ramadhan. Sebab kebanyakkan orang laki hanya pikir makan je. Mereka tidak nampak apa da selain itu.



Ini ternyata pabila kedai2 yang sekaum ngan mereka pun turut laku. HAHAHAHAH!!

Ok apa yang aku merepek ni. Tengah2 malam (malam ke??huhuhuhu) aku tak dapat tido. Nak kacau orang tentu2 la da tido. Hihihihi


Ok setakat itu la. Takde ending. ZZZZzzzz
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 24 July 2013

Dalam Diam Ia datang. Dalam Sepi Ia Pergi~~

Assalammualaikum & Salam Ramadhan





Hai hai hai. Are you ready kids?? I cant hear you!! Hahahahah bla bla bla (perlu ke aku igt semua lirik)


Yeah!! Pengaruh sponge bob dalam kalangan pelajar sekarang sangat hebat. Kerana seee *sponge se ape ek?? -_-''.. Arrghhh peduli kan


Sebenar nya bukan tu yang aku nak cerita, saja je  buat gempak. Da lama tak hupdate blog ni sampai aku takde idea nak tulis ape. pikir.....jalan buntu yang aku jumpa. Hahahaha macam la jalan buntu tu member aku nak jumpa2


Kita da setengah bulan da berpuasa (puasa tak puasa ni??huhuhuhu) Setengah ok!! SETENGAH!!

Aku tak tau apa punca rumah belakang ni main bunga api dan mercun berserta mercun roket lemau(smpai atas tak meletop pon, sia2 aku tunggu kegempakan nya)

Habis rumah aku berbau belerang dan ayam golek. Ok ayam golek tu buka nya tapi tetap bau kat tangan. Hahahaha aku basuh tangan ok.

Ok aku nak sebenar nya mercun. Teringin sangat. Dapat mercun bola letak kat katak pastu

              POMMMMM!!!! HAHAHAHAH!!!(ni aku gelak)

Yeahh sangat ohsem kan tapi aku tak penah buat ek. Budak baik la kata kan. Hahahahaha sila sedia kan baldi saiz sederhana. Huhuhuhu

ok la. sampai sini je nukilan saya (budak baik) kita jumpa di lain hari...


voice mail: nak bunga api yang warna warni tu.. XD

kotak cik mail: bagi la dalam seikat ek..terima kasih..huhuhuh
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 12 July 2013

Ramadhan Kembali Lagi!! Ohsemm~~~

Assalammualaikum




Hai pekabor semua. Harap semua sihat2 belaka.


Ramadhan, bulan yang mulia yang ditunggu oleh umat Islam bagi memperganda amalan tatkala hampir setahun mempertaruh kan amalan dengan duniawi (macam bombatik je ayt aku ni)

Yeah, tahun ni tak dapat lagi berpuasa dengan kakak yang termontel. Bukan sehari mahupun seminggu, malah sebulan ni. Hahahaah bia kan dia hidup di perantauan. Bia dia kenal erti kehidupan yang sebenar. Huhuhuu


Ok cukup intro tu agak nye. Bila puasa syaitan akan di ikat. Tapi dia pandai. Ditinggal kan member sedorm iaitu nafsu. Perghhh paling bengang la. Apakah yang berlaku jika berpuasa seharian?? Yesss lapar dan dahaga. Apa yang ada pada bulan Ramadhan?? Yeahhh bazaar.


Nampak tak permainan dia. Bila bulan puasa je, macam2 kuih muih yang tak penah di tengok akan terpancul ketika itu. Mata pun bersinar2 melihat keindahan alam di bazaar. Nak2 kalau yang jual tu awek cantik. So nak pilih makanan ke awek tu??


Ofcois la makanan. Pilih awek tu bukan kenyang pon. Huhuhuh

Ok setakat ini saja entri pada pembukaan bulan puasa

Akhir kata selamat menyambut bulan Ramadhan, puasa tau jangan tak puasa..



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 3 July 2013

Pemergian yang di nanti-nanti kan beliau. Huhuhuhu

Assalammualaikum



Da lama tak online woii. Membatak pulak aku. Kesibukan yang giler sebok sampai nak buang air pon tak sempat. Nak dating apa tah lagi. Memang tak la an.



Ok, saja je  intro tu. Kang takde intro macam tak sedap pulak an.

Pemergian?? Sangat dasat ayat tu. Secara rasmi dan official nya kakak ku suda menjadi cikgu!!! Yeayyyy!! Mari besorak dan bergumbira.








Maka dengan ini aku tak tau la dia dari keje memetik durian ke cikgu yang di hormati.

Semoga beliau selamat dan gumbira memetik durian kat sana. (tu tabiat beliau..huhuhu)


Akhir kata..bye






Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 1 July 2013

Yeahhh Her Birthday Yawww!!

Assalammualaikum..



Yeahhh hari ni pon berthday dia, kawan baik yang terbaik lagi baik giler. (nampak tak berapa baik nye aku??huhuhu)


ok la macam bese, mengucap kan






















kepada cik Nuramelina bt Ab Aziz..hehehe thankz der always at my side mirror..huhuh

semoga panjang umur dan murah rezeki..


p/s: da tua kau da. hahahahaha belanja koop nnti..huhuh
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 21 June 2013

Zaman Dolu VS Zaman sekarang.

Assalammualaikum..




Hai semua. Pe kabor?? Harap sihat la ye idok. Da lama tak menghupdate binatang peliharaan ni rasa kekok plak. Hahah

Kebelakangan ni sebuk mengalah kan orang yang suka menyibok. Kepadatan kerja beb membuat aku tak keruan,haruan,kerisik dan juga santan pekat (benda ni resipi masakan yang tkde kena mgena)



Ok la intro yang sederhana itu. Kita berbalik pada tajuk. Jadah apa zaman dolu ngan zaman sekarang. Ketinggalan zaman kah. Bukan bukan bukan seribu kali bukan.

Ianya mengenai budak2 zaman dolu kala ngan budak2 zaman sekarang HD. Nampak perbezaan dia.

Nape aku tetiba membentang kan hal yang sebegini rupa *cheee ayat power haha. Hari tu aku secara tidak sengaja (serius tak sengaja) terdengar perbualan sorang pakcik ni. Kat kedai makan kan banyak pakcik. Bukan salah aku dengar perbualan dorang.

Pakcik tu dengan penuh kewajaan dan kewarasan berkata "bunga mangga rumah sape tah(aku tak igt nme) banyak lagi. Budak2 zaman skang mne suke main bunga mangga da" sampai tu je la aku dengar. Kang dengar lama2 terlepak sekali plak.

Blah je aku dari situ aku terpikir, budak sekarang main ape?? Damn pikiran bercelaru bertambah dengan kerja sekolah yang melambak2. Kerja pun aku tak buat tetiba benda lain aku pikir.


Sebab budak skang da tak pedulik an benda alah tu adalah jeng jeng jeng (buat bunyi sendiri) :


1) Kecanggihan teknologi pergerakkan dan ke ape tah an an.


Apa yang canggiy sangat tu. Habaq mai sat. Semestinya Tora datang lagi. Oh salah masuk, smartphone. Dengan hanya satu click, para pengguna boleh bermain lebih dari beribu jenis permainan. Da macam promter da. Setiap kanak2 mesti ada sematpon. Aku pon pakai phone cikai je. Baling anjing, die pon tak nak tau.






2) Rancangan telebesen yang ohsemmm


Hahahaha sekarang banyak cerita kartun yang ohsem2 belaka sehingga aku pun kadang2 layan gak. Keohseman nya membuat kan kanak2 alpa pada persekitaran sekeliling nya. Tapi yang paling ohsem aku rasa teletubbies la sebab ade tv kat perut dorang. Sangat hebak.










3) Tidur

Setelah penat main angry bird ngan tengok tv. Maka tido la mereka. Atau pun tido memang hobi dorang tak tau la.















ape??tak kan tido nak lukis gak. Tengok la adik korang tido. Klo takde adik, jiran sebelah pun boleh.






ok sampai sini saja la nukilan yang di sampai kan. Tak kisah la apa pun berlaku. Asal kan kita tak berubah ke arah keburukan. Bak kata pepatah takda dolu takda sekarang. Tak tau la pepatah mana ni.

Ok chiawww


*hati2 di jalan raya. dan jangan suka melepak sangat. Hehe peace















Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 10 June 2013

Happy Birthday..

Assalammualaikum



Hari ni just nak wish birthday kat W.R. Haziqah. Sorry terlambat sehari. Hahahaha biasa la sibuk ngan kerja seharian kan

Tanpa membuang masa dan ink komputer, saya mengucap kan..
























p/s: sorry ceq terlambat sehari. Harap hang murah rezeki dan panjang umur. Yang penting happy always. Haha


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 5 June 2013

Isyrak Mikraj Dan Birthday Abah ngan Mak serta Member.

Assalammualaikum..





Salam  Isyrak dan Miksaj kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan luar negara. Malaysia kini sedang bergerak maju kehadapan seiring dengan negara-negara barat yang lain.

Erghhh ok intro yang bagus kan. Esok Isyrak dan Mikraj kan (kalau salah tegur ok) dan juga hari lahir mak dan abah saya ( En Rasid dan Pn Siti). Yeaaayyyyy!!! Oh tak lupa juga member sekelas saya cik wani yang juga menyambut hari lahir nya yg ke-18.


Oleh itu. Saya dengan berbesar hati dan limpa mengucap kan..













Mudah-mudahan meraka di rahmati Allah, di murah kan rezeki, di panjang kan umur. Amin..


simple je kan. Hahahaha 


Sampai disini saja la ok. Hehhe



p/s: Sayang Mak ngan Abah. Terima kasih kerana menjaga kami 3 beradik.

*cik wani >belajar elok2 ok. hahahaha



Tetiba gamba kecik. Hehe sorry ok. 1st time buat. Lain kali bikin gempak sikit. 








Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday 26 May 2013

Cinta, jangan salah ngerti.

Assalammualaikum...




Yarrrr!!! Kembali saya lagi dalam entri kali ni. Baru je beberapa hari lepas saya hupdate, kini hupdate lagi. Takde kerja. Jadi ini la keje saya (padahal kerje berepah dalam beg kena buat)




Ok ok k.o. Hahaha kita terus je ke tajuk. CINTA . Datang melalui perasaan secara tiba2. Meresap ke dalam hati dan kemudian hadir nya KASIH . Apa pasal aku jiwang memalam buta ni. Sudah..


Henti kan. Pasal cinta mesti orang kait kan dengan KAPEL <(malas nak warna kan). HAHAHAHA!! Bila kapel je orang akan sebut berkasih tidak mengikut waktu dan ketika. 24 jam bercinta je. Bia la. Terasa aku. Hahaha.


Sesetengah pasangan bercinta ada yang ala kadar je. Mesej tak selalu, call jarang, pesbuking kadang2. Ada yang kapel hardcore. All the time berkasih. Tapi ada pasangan yang buat KAPEL ni nampak teruk bebeno la. Dorang buat apa. Maksiottt. Ish3. Tak elok ye adik2. Bak kata pepatah kerana nila setitik, bertompok baju sekolah aku. Haahahah


Apa yang patot di buat dan apa yang patot tak dibuat?? Ayat ganas yang aku guna kan ini. Hahahaha    



1)  Valentine Day


Jadah apa la aku mention benda ni. Benda ni tak wajib pun kita sambut. Malah tak elok bagi pasangan yang belum ada ikatan yang sah. Yang da kahwin tu pi lantak la nak sambut.

Yang tak patut:





Yang sebeno nye patot:






2) Berdating

Yeayyy!! Benda ni selalu orang buat. Aku?? Ermmmm ye dating memang ramai orang laku kan. Hujung minggu ke an. Tapi jangan la melebih-lebih. Meraba-raba. Da macam jahanam je perangai.


Kena ada jarak yang selamat la. Kalau boleh berteman kan orang yang muhrim bagi wanita. Waaaa baik ko aku hari ni. Hahahaha

*malas lukis. Tak reti




3) Permainan Perasaan

Ni jangan main2 woi. Perasaan bukan sejenis permainan macam PS3 ke, XBOX ke. Perasaan ni macam cokelat. Ada pelbagai jenis cokelat. Apa yang aku merepek ni. Hahahaaha







Hahaha sendiri mentafsir la ek. 




Sebenar nya cinta yang paling setia adalah cinta pada Allah, cinta pada Rasul, Cinta pada ibu dan ayah. Pertemuan, jodoh, ajal maut rezeki semua Allah yang tentu kan. Kita cuma perlu berdoa dan berusaha. Hahaha


Sampai sini je la ek. Penat pula menaip. Nasib menaip. Kalau menulis memang tak hupdate la benda ni.




p/s: entri kali ni macam baik sikit kan. Hahahahah sekali sekala.







Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 24 May 2013

Permulaan yang baru, jiwa yang baru, perangai lama.

Assalammualaikum..



Hai hai hai. Maka dengan ini bermula cuti sekolah selama 2 minggu tanpa henti. Kanak2 riang boleh tengok cerita kartun sampai muntah hijau, kuning. biru laut dan lain2.


Ok pejam celik, pejam celik, pejam tak celik terus pon ada, sudah pun sampai di penghujung bulan 5. Tak lama lagi nak puasa.

Ok permulaan yang agak baik kak senah oi. Haaa da lama tak hupdate belog ni. Kekok pula nak menaip. Dulu masa nak menulis, kekok sebab asyik menaip je. Padan kan muka ko. Hahaha kekejaman berlaku juga.

Da da setop merepek. Hupdate belog ni sebab cik ziqah suruh. Kalau tak sampai buka sekolah aku tak sentuh. Awww

Bukan apa. Sekarang da sibuk. Macam2 nak kena buat. Penat giler kot. Tengok belog pon nama giler. Bertambah giler aku.


Kita berbalik pada tajuk. "Permulaan baru". Apakah?? Sejenis tumbuhan kah?? Sejenis haiwan kah?? sebenar nya sejenis mamalia tapioka. Takde la. Permulaan, orang putih kata new beginning, orang lain kata  start, budak gamer kata new game or restart.


Lantak pi dorang nak habaq apa. Ceq tak kisah. Pernah dengar pasal revolusi kehidupan?? Dari kita lari sampai la lagi bape hari je nak hidup. Orang panggil kitaran kehidupan. Seorang pergi, ada yang datang.


1) Apabila kita lahir

Orang akan tanya nama, berat, dan apa ek?? Zzzzzz







2) Apabila da besoo 

Ya, aku skip. Kalau nak cite sampai dia membesar tu agak ambil masa bertahun-tahun lama nya. Bila suda besar, da kenal mana haram dan halal (kadang2 buat tak kenal), orang akan tanya "bila nak kahwin". Bila da kahwin orang tanya "da berapa anak??". Bila da beranak pinak orang tanya "bila nak bercucu??". Begitu la kitaran nya sampai la tak tahu bila penghujung nya













yeeeee maka sampai sini sahaja la. Apa pun persoalan dan manusia tak dapat di pisah kan ibarat aur dan tebing, hati2 kadang2 tsunami yang datang.


Chow dulu. Hahaha bye yawwww




p/s: aku ingat nak buat karangan lengkap, tapi penat punya pasal terpaksa la sikit kan.

p/s: maka nampak la keseriusan aku dalam berkarya. Hahahahah


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday 12 May 2013

Reunion yang terbaik...la kot. Haha

Assalammualaikum..




Apa kabar saudara saudari cikebom cikebom?? Haha hentikan repekan yang ala ala rempitan di jalan raya.


Ok la ye tuan2 dan puan2, kita seteret to the title. Pagi tadi da nak dekat tengah hari kelas saya, 5 elektrikal 1 telah mengada kan satu reunion dalam bahasa melayu apa ek?? Takpe la, hehe oh sambung balik, di Pizza Hut Kuala Selangor.(waaa entri ala2 laporan gitu, penuh sopan dan santun tanpa santan)


Reunion yang di ketuai oleh Cik Mel dan berapa orang ahli lupa nak kira tadi (sebab tak semua,yang lain ebok kot hehe) telah join ok. Saya bertolak dari rumah pada pukul 8.30 pagi kerana takut lambat tapi rupa2 nya awal. Yang adakan tak datang2 masa tu. Hangin je.


Takpe la. Turut menyertai lawatan sambil kenyang kan perut ini adalah Teacher Dilla yang merangkap guru English kelas saya. Seronok la gak sebab dapat jumpa member yang jauh. Giler koo dari negeri sembilan ke selangor ingat dekat. Tapi pape pun best dan menguja kan.


Saya tak dapat join lama sebab kena balik awal. Kalau malam takot ade benda tumpang (da la aku sorang kat belakang)

Ini ada sedikit tatarajah buat tatapan anda semua..

yang merah tu cik wani ngan cik ajim sebelah die. suma doq dengaq ceramah ticer



tengah mengcover..haha




cik mel, yang ngantok tu cik syira n tice dilla.



dari kiri saya, husni, zakwan, ammar, ngan sape tu??



cik lily yg biru ngan cik hani.




dari kiri: syira, hani, lily, mel (yg tunduk), ticer dilla, wani, ajim,husni, ammar, zakwan, aku dan anak2 yang meningkat dewasa.






Ok la, sampai di sini saja nukilan saya. Nak masuk kan banyak line buat hal. Kalau lempang nanti merajuk. Biar kan dia.

Bye semua, jumpa lain kali. Hahaha



p/s: Maju la elek untuk Malaysia. Budak Elek 1 semua elek2 je sampai kantoi kerja kursus. Hahahaha

p/s lagi: Selamat hari Ibu buat semua ibu di dunia terutama mak saya. Sayangi la mereka sementara mereka masih ada. Bye ^_^




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 30 April 2013

Ketensenan yang melanda apabila meningkat dewasa.

Assalammualaikum..






Apa khabar?? Harap sihat saja. Da lama tak hupdate, agak nya la kan. Malam ni nak hupdate ala2 jiwang sikik. Haaahahahaha


Ok seteret to the point, aku tengah pening ni. Aku tak sangka nak meningkat dewasa ni sangat pening. Nak sambung mana lepas ni. Kalau aku tau begini jadi nya, aku tidak mahu tamat kan zaman persekolahan ku ini. Haha


 Aku dapat tawaran porm 6. Hahahaah pandai kan aku. Da kata da. Tapi ada keji bila kita dapat form 6. Sebab ramai member aku dapat matrik. Beb, open your mind sikit la. Tak semesti nya kita dapat yang bagus, kita da bagus. Kalau leka, tak kemana beb. Okay. Hahahaah


Ok, mengenai form 6 pula. Mak cik aku cakap kena banyak baca buku. Di ulangi sambil di besar kan BUKU.

Aku masa kat teknik pon buku buat sendal loker beb. Tapi nasib baik ada luck. Yang takde luck nya, aku tak isi matrik. Hahahaha klako je. Patot la tak dapat kan. Ok lupa kan. Aku masih pening di himpit kesempitan otak aku ni. Hahahaha. Lagi pun aku nak tunggu UPU. Tapi lama pulak benda ni nak kuar. Tensen aku.

Ok pape pon, kalau nak yang terbaik kena selalu doa kan. Kena la buat selalu solat hajat, tahajud, istikhara. kan?? Ni baru buat sekali da nak yang terbaik.


Hahahaha malam-2 ni kita sama-2 la muhasabah diri ek. Dan saya berharap (merayu ni,hehe) agar anda doa kan yang terbaik buat saya. Amin


Oh btw kalau nak baca cerita pasal matrik dan UPU tekan ini. Cik Beruang

Kalau nak baca tentang form6 tekan ini. Cik Anak Sulung



ok sampai sini saja la. Lain kali aku lukis2. Malam ni penat la. Hahahaha bye!!
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 17 April 2013

Menghening keindahan pelangi adalah. Keindahan wajah mu sayang.

Assalammualaikum..


Sebelum aku pergi lebih jauh dengan EX5 jiran aku ni, aku nak promote ada sebuah belog baru.

Nama dia Bayang Misteri . Boleh klik la kat benda ni untuk lebih info. Hahaha



Ok berbalik pada tajuk aku yang macam sebuah lirik yang tak siap bukan. Ye, aku nak cerita pasal gelagat orang yang ada lesen ni. Faham tak?? Lesen.. LESEN



Apa jadah lesen ngan pelangi?? Macam tak bersangkut paut je. Siapa bilang begitu?? Angkat tangan kalau ketiak tak busuk. Hahahaha ok terima kasih kerana melayan.


Ok ok berbalik pada tajuk kecil. Lesen dan gelagat penerima nya serta revolusi sikap penerima nya. Korang ada perasan tak perubahan sikap orang yang korang sayang atau korang sendiri apabila menerima lesen?? *Waaa macam serius je aku ni.

Hahahaha jangan serius sangat incik haziq. Mentang-2 incik bos da kehilangan probe, aku plak yang dapat prob blem.


1) Bila dapat lesen L

Mesti mereka ini akan hepi dan berazam akan memandu dengan penuh cemerlang dan gemilang demi keselamatan orang awam. Oh lupa, dan juga cuak ke bebey.






2) Bila dapat lesen P

Hahahah dapat P. Mesti sentiasa takut dan berhati-hati. Macam la yang ditakutkan. Lori, kucing melintas, lembu, unta..Eh kalau kat arab la. Hahahaha








3) Da lepas P Atau da dapat CDL.

 
Hahahah ni kira da pro. Kadang-2 perempuan yang lemah lembut pun boleh jadi ganas dan bisa mengeluar kan segala racun dari mulut nya. *Menyumpah la.










Hahahaha ok la sebenar nya kita yang menentu kan siapa diri kita yang sebenar. Kita juga yang menentu kan cara pemanduan kita. Ingat, pandu cermat jiwa selamat wang pun jimat.

Hahahahaha da macam karangan da. Arghh lantak la. Sampai disini saja la nukilan diri ku. 

Semoga ketemu lagi.  Tatatatata

*pandu la dengan berhemah. Anda mampu mengubah nya. Hihi



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 9 April 2013

Ia datang dan pergi tanpa kita sedari.

Assalammualaikum...



Bertemu lagi kita pada bulan April ni. Aku masih menunggu tawaran dengan penuh kesabaran ni.
kentu

Tapi bukan tu benda yang bersangkut berpaut dengan tajuk pada kali ni.

Apa kejadah nya benda yang datang dan pergi lek je tanpa di sedari. Ia nya adalah kentut.

Tok sah nak habaq kotoq la apa la. Manusia mana yang tidak membuang benda ni. Yang normal pasti akan buang gak. Kadang-2 berbuih2 dalam air. Ada yang berketul-ketul. Ikot keadaan la. (eeee pengotoq hang ni)



Ok cukup. Agak menggeli kan kalau berketul. Tu tanda korang da lama perap benda tu sampai mendap. Damn, bau pun mungkin akan pekat hingga boleh tercemar alam sekitar. Daun yang hijau lagi mekar boleh jadi kuning dan mungkin terbakar *pengaruh tibi ni.


Kita patut bangga woi sebab dapat melepas kan benda tu kerana menunjuk kan kita manusia normal. Tapi kalau setengah jam sekali aku tak tau la apa peyakit korang.

Lepas je sesuka hati korang. Bangga dengan pencapaian sendiri. Hahahaha tapi ramai yang malu dan rela kena penyakit pemendapan kentut. Bunyi pon da macam damn je an.

Ni ada beberapa tips untuk anda kekal sihat dan confident dengan apa yang anda laku kan.

1) Kalau kentut dalam lift

Cuba releks dan buat muka ceria dan comel *kalau boleh la..








2) Bila jumpa awek/pakwe 



 Ni korang tak yah nak risau la. Sebab time bercinta semua nya manis dan harum. Buih-2 kentut pon di anggap putik-2 bunga yang berterbangan di awangan. Cilakak betul benda ni.











Ok la, sampai di sini saja tips yang aku bagi. Banyak sebenar nye tapi sakit pulak pinggang aku duduk lama2. Hahahaha *alasan malas sebenar nye..


Akhir kata, jangan biarkan malu penyebab kita sakit. Lepas kan apa yang kita mahu, kalau tahan kelak merana diri. Pepatah baru aku.

Ohh sila jangan kentut depan cermin sebab takut melantun kena korang. Tak pasal2 masuk ICU.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 2 April 2013

Mengharap kan Ia Datang...

Assalammualaikum..





Sekian lama kita tidak bertemu (padahal baru je beberapa hari lepas aku update)


Tengok tajuk macam serius je kan. Ya!! Sekali lagi aku serius tanpa ada permainan di tepi ku. Aku pon da besar. Aku harap aku boleh beli mainan teranpomes tu. Takpe aku sabo je..



Cukup. Cukup cukup sudah, cukup sampai di mana2 saja. Aku tau pendahuluan yang tidak memuas kan.

Sebenar nya aku ni tengok rakan2 sebaya aku mula da menyetat kan langkah yang drastik lebih dari aku. Cis del betul deme2 ni.

Apakah yang teray aku sampai kan ni. Dorang mula dok cita pasai kawen. Gatai betul. Umur baru setahun jagung da nak buat jagung rebus. Tak masuk akal betoi.

Takpe, aku tak jeles pon. Hahaha kakak aku ye kot jeles sebab dia da orang kata ibarat bantal di jemur, sekali pandang ibarat kuih koci di ampaian. Tengok, tak nak canggih pulak aku nya pepatah. Akak jangan marah. Kita sama2 blogger duduk sebumbung tak elok gaduh.


Ok kite seteret to the seremban parade, kalau nak kawen kena ada pantang larang nya bagi pihak laki. Waa!! cakap macam aku ni teroris je. Hahahaha (bia kan aku gelak sorang2)



1) Lelaki jangan terlalu over condifent atau exciting sangat. 


Ni biasa ni. Lelaki tak boleh nak lebih. Kita kena cool. Hahahahah 



 



Agak2 la mintak benda tu. Kalau aku jaga pun aku bagi penampo sekali.




2) Persiapan yang kemas dari rumah lagi.


Persiapan harus di buat dengan rapi sebelum melamar. Err, rasa nya macam pelik je kan.



 




3) Niat kerana Allah



Nampak tak. Blog aku sekarang da di masuk kan dengan keislaman sikit. Takde la sesat sangat kalau orang baca banyak2. Hahahahaha
















Tak yah nak refresh page ni. Memang aku tak nak lukis. Korang pikir la sendiri macam mana nak niat kan kerana Allah. Jangan tau kawen je.



Ok, tak kisah la apa yang kita buat. Buat betul2 sampai dapat ibarat menjala ikan, biar sampai dapat ikan duyung.


Setakat itu saja. Adios..



*aku pun baru lepas sepeem. Baca boleh Percaya suka hati.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 28 March 2013

Masalah, masalah, masalah dan masalah.

Assalammualaikum...



Kita seteret to the point ok.

Masalah tak penah jauh dengan kita. Tak kira la kita tengah buat apa. Mesti masalah ada. Masalah ni da macam bespren da. Kemana kita pergi dia ada. Bahaya tau.

Cuba bayang kan masalah ni berupa orang da ada berkeliaran. Da macam hantu da.

Korang tengah tido die datang, tengah makan dia kacau, tengah beyak pun dia sibuk ada. Haiya badan sebok betul masalah ni (busybody). Tapi aku tak tau la masalah ni jenis menghasut ke, menipu ke sebab takde kajian sainstifik pasal  benda ni.

Masalah selalu datang apabila.....

1) Tengah pening pikir kan sesuatu

Pikir nak kawin ke, nak beli baju ke. Benda ni selalu menyibuk. Pang tau la.







2) Masalah dengan awek. 

Ni memang masalah beb. Dapat awek yang member baik ngan masalah memang susah. Kadang2 kawan dia pun bawa masalah gak. 





3) Masalah sembelit.


Aku tak tau lah sejak duamenjak ni aku sonok pulak cerita pasal sembelit. Haha masalah ni sebok je an orang nak memerut. Kadang2 sampai bercakar-cakar dinding tandas dia kerja kan.











Malas la lukis orang beyak. Takde model la. Hahahaha


Sampai sini je la nukilan aku. Berjumpa lagi. Hahaha


voice mail: jangan cari masalah sebab masalah yang selalu cari kita. Hihi





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 26 March 2013

Hari-hari Yang Mendatang..

Assalammualaikum..


Ok ni update pendek je..

Memandang kan ramai yang update pasal result sepeyem, dengan ini aku sebagai calon sepeyem tahun lepas ingin update juga. Hahahaha tak nak kalah woo

Ok aku tahu macam lambat sikit kan. Hahaha biasa la orang sibuk kan.

Ok (aku tahu aku banyak guna 'ok') result aku ok la memuas kan. Boleh la nak pegi jauh. Hahaha

Ada suka duka masa kat dewan. Yang dapat terbaik jangan tak bersyukur. Yang tak dapat terbaik mungkin, jangan lupa bersyukur gak. Mungkin rezeki kita bukan sekarang. Yang penting jangan putus berdoa meminta pada yang Maha Esa.

Jangan pernah sombong dengan kejayaan yang kita miliki. Ingat orang yang tersayang *macam tak masuk je ni. Apa-2 pun yang kia dapat, kita da buat yang terbaik


Setakat itu je la rasa nya. Petang-2 cenggini nak update panjang-2 pening pulok pale ni.

voicemail: jangan pernah putus meminta dengan yang atas sana. Dia sentiasa melihat kita.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 19 March 2013

Pemanasan Global Yang Menjadi-jadi..

Assalammualaikum..


Selamat petang semua.

Sedar tak sedar da masuk bulan 3 tanpa kita sedar. Ayat jangan berbelit pliss.

Hari ni aku nak update topik yang serius. Sangat serius. Bukan senang nak tengok aku serius. Sebab aku serius time memerut dengan tidur je.

Baik la tukar mood serius. *aku rasa da banyak kali aku sebut serius ni.


Bebalik pada tajuk.

Global warming atau pemanasan global. Tengok tu panas pon boleh jadi global. Gengster betul.

Sekarang ni siang malam panas. Buka kipas panas, buka air-con paneh, tak buka lagi la. Mahu banjir rumah woi sebab peluh.

Ini semua salah siapa??

Woi2, jangan tunding jari kat orang lain. Da la guna jari tu untuk korek hidung. Pengotoq nak tunjuk2.

Salah kan diri sendiri. Sekali lagi

DIRI SENDIRI

Siap besar dan merah. Tak nampak tak tau la.

Aku yang tengah update ni pon berpeluh-peluh. Kalau keluar rumah mau terbakar kepala otak tau tak..










Rumah korang boleh banjir akibat peluh yang melampau-lampau banyaknye...









sekian dulu dari saya

hahaha kepanasan yang melampau ni buat aku buntu la..haiyah!!
 



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 13 March 2013

Pengumpulan Sisa-Sisa Toksik.

Assalammualaikum..



Selamat semua. Aku tak berniat pon nak update belog petang2 macam ni. Tapi di sebab kan kepanasan yang melampau mambuat kan aku tak keruan. *lain macam je bunyi.


Petang2 yang bahang ni buat aku terfikir sambil terkorek hidung. *chiss pengotoq aku ni.

Di mana kah kita selalu buang sisa2 toksik tu?? Kita dok sedap korek bukan main nikmat lagi sambil mata ala2 stim. Amek kaww segumpal keluar.

Maka semua pun sudah tahu apakah nasib benda alah tu. PROSES PENGGUMPALAN  pun bermula. *tengok aku caps kan proses tersebut.

Terbentuk la beberapa bentuk. Terpulang pada pemilik. Ada yang suka bentuk bulat, segiempat dan macam2 lagi la.

Berbalik pada persoalan, di mana kah kita buang benda tu. Dalam tong sampah kah?? Letak dulu dalam poket kah?? Bawah meja kah?? (tempat ni femes, ramai buat. Macam tak tau)

Yang penting jangan buang merata-rata. Takut terpijak tergelincir pulak. Sian. Kalau boleh simpan la, buat kenangan untuk tunjuk kat anak cucu.



voice mail : penting kan kebersihan dan kenikmatan. haha peace.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 12 March 2013

Ayam Sebenar nya Sejenis Omnivor??

Assalammualaikum...


Fuhh fuhh berhabuk da belog ku ini. Ni mau sekilo habuk kalau di kumpul.


Ayat belogger2 selalu pakai bila da lama tak update. Aku tak kisah bab tu sebab aku pon salah seorang dari nya.


Ok ada benda yang asyik mengganggu pikiran aku sejak dua menjak ni. Duduk rumah membuat aku rasa apa itu keperempuanan. Takde la sampai aku piyed. Rasa feminin sikit je. Da giler gamak nye aku.


Argh berhenti karootan ni. Asal aku kategori (aku tk pasti ejaan aku betul) ayam sebagai haiwan omnivor. Da kenape ek. Hari tu lepas aku operate ayam untuk di buang lemak nye (kurus ayam tu), aku buang la tanpa ada ragu2 lemak tu ke belakang rumah. Sangat bagus kan aku. Hihi bangga sesorang.


Alangkah terkejut nya hampir2 terkentut aku tengok bila lemak2 yang sangat ohsem tu bukan kucing atau pon makhluk perosak yang lain. Tapi bangsa dia sendiri. Bak kata pepatah jangan di sangka air yang keruh tiada buaya.


Cantik peribahasa aku ni. Hehe.  Aku tak sempat lak tangkap gamba sebab terkedu dengan penemuan tu. Boleh panggil tibi tige ni datang. Aku tak penting kan publisiti tapi muka depan surat khaba takpe kot.

Aku da mula merepek. Aku tengah tunggu result yang tah bila tarikh nye tah.


p/s : aku harap tak kena jurus hikmat bapak aku la nanti.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment