Monday 1 August 2016

Kenapa Superman Tak Dok Malaysia?

Assalammualaikum dan huhai sekelian manusia








Seperti yang aku janjikan untuk aktif dan produktif dalam mengaktifkan belog yang tak seberapa ini. berapa banyak tif da dalam ayat.

Dah dah, aku malas nak pusing2 ayat. kita ke topik yang penting dan serius (wow serius nya belog ni. korang patut scary sheit you know)

Pasai apa superman tak mau landing kat mesia. padahal memacam negara da dia pegi tapi tak mau lepak2 kat malaysia.

If we can see(chewaaa), Malaysia ada cuaca yang sesuai untuk superman (google translate lembap kita melayu saja na)

Hal ini demikian kerana (wah wah mohon terkesima ngan ayat gua ni) Malaysia mempunyai panas dan lembab sepanjang tahun yang sesuai ngan Superman. Kan kan

kan kalau tengok kartun dia tu. dapat kuasa balik lepas kena matahari. tak tau pasai apa dia tak terkena sinaran UV yang merbahaya mungkin pasai dia kebal ke an. 

Bayangkan lah kan. gunakan imaginasi korang tu. kalau dia dok kat Malaysia. Penat wooo layan orang kita. Bukan dok tangkap penjahat je.

Kita mostly akan minta tolong benda yang bukan2 contohnya

1.) tolong ambilkan barang kat tempat tinggi

Ni biasa pi shopping ni. Nak beli tisu tapi depa dok letak kotak2 tisu tudia atas rak tinggi2 wo. silap2 tarik abes kena himpap dengan bebanyak tisu. dengan adanya superman kat mesia, barang tinggi bukan masalah lagi.





Ye ye lukisan aku tak lawo. jangan kutuk hotak.



2.) tolong kopekkan durian


sekarang ni musim durian pula. sana sini jual durian. ada yang ngidam sangat sampai pi petik durian (ni mesti kes follow blog akak aku. rosak terus perangai). 

bila da berdurian kena kopek iyedok. kadang2 tu bila pakcik2 ni nak mengopek untuk makcik da tak larat. menggeletar  1 badan. durian tu lama2 jadi tempoyak da nunggu dikopek nye





3.) Tolong cari barang hilang



ni biasanya terjadi kat gegadis. kenapakah? mostly dorang akan beli beriban pin tudung and then selepas seminggu  ade 2 3 ketoi je tinggal. mostly yang jumpa hasben dorang sebab da tercucuk kat pungkoq. huhuhu








pasai ni lah superman malas lepak mesia. nanti penat je ngan benda pelik2. 


okay entry kali ni takde ending. abih macam tu ja

p/s: malas nak pikir penutup. biaq pi cantu ja. huhu


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 25 July 2016

Jengkelan Tompokan Kedurjanaan


Assalammualaikum dan selamat sejahtera.


Seperti yang gua janjikan semalam, gua akan bergiat aktif semula dalam blog gua yang hening ni. Tapi kalau line slow tahun depan gua update lagi. 


Sebab da lama tinggalkan benda alah ni gua  mula meneroka semua blog2 masa gua baru berkecimpung dalam dunia fana ni.

Ada yang masih aktif seperti dulu ada yang da ditinggalkan lama. macam gua dulu2 gak.
Masa mula2 ada setiap hari gua update tapi kelamaan kita da meningkat dewasa da banyak komitmen so gua paham tu. sendu tu ada gak macam kenangan an masa dulu.

Nampak tak agak matang an ayat gua. terasa serius di keheningan pagi. 

Mungkin gua patot ubah nama blog jadi agak keseriusan. huhu

Okay la. gua pon malas nak bercakap banyak. gua bengang dan bangang dengan sikap segelintir masyarakat kita hari ini (BM gua spm A tau)

Bila gua mula menggunakan bahasa Malaysia dengan tertib dan kemas tu petanda gua serius.


Nampak tak gua da jauh terbawa lukis wajah mu. baik gua berbalik kepada topik. awrrrr

Hari tu gua balik ke kampung dengan penuh riang dan gumbira mengenangkan zaman remaja gua yang ganas dan comel

Yela raya kan. balik kampung sudah semestinya. Berjumpa sanak saudara serta keluarga tapi sebenarnya balik untuk senak perut dengan unlimited makanan dan minuman (luorang ingat internet je ke unlimited)

Sampai2 ja kampung tudiaaaa rendang ketupat lemang sila nikmati kawan penat memasak malam ke pagi. 

Gua salam2 je semua terus parking depan meja. Sedang gua makan gua lihat sepupu gua yang kecik2 mostly anti sosial.(bukan ni topik gua. gua saja bagitau suasana nya)

Tapi bila difikirkan balik, gua gak untung sebab dorang tak ganggu makanan gua.

Makan punya makan, borak punya borak, bergaul punya bergaul da tiba masa untuk pulang.

Sayu gua nak balik da. ye sebab gua tak dapat duit raya da beso katanya. Gua hanya melambai kosong je. gua redho dan pasrah.

Perjalanan kampung ke rumah takde la jauh sangat tapi boleh membuatkan pungkoq luorang kematu dan kering. awrrrrrrr

Da ditakdirkan untuk perut gua memulas selepas bermalas. gua tengok RnR da dekat da.

Gua kepit beb kalah anak dara. Peluh semakin rancak keluar. Air-cond tidak lagi gua rasakan hanya kehangatan longgokan najis yang semakin asyik nak keluar.

Gua relax je gua hold dulu dengan tenang sambil memegang seat kereta dengan ketat dan padat. 


Akhirnya sampai juga ditempat yang gua tunggukan. gua terus berlari keluar tanpa memedulikan orang sekeliling. gua lari kalah la the flash kata hengko.

Masuk je tandas ada 7 sections. tengok gua da mula kaitkan law ke. huhu

Basically yang ke-7 tu tempat mandi an. so nak memerut ada 6 la. at that time(english gua B. jangan bash gua) tandas 1 ngan 2 ada orang. ke-3 rosak

so ke-4 terbuka luas ibarat memanggil pungkoq gua untuk dilabuhkan. arghhhh gua da tak peduli gua redah je. 

Tapi sesampai je, gua mula terkaget. gua bingung. gua mula menggigil, gua berpeluh seakan baru lepas jogging, gua menitik air mata. apa yang gua lihat


awrrrrrr



Ye ada durjana mana yang da membuang baan kumuhan dia sambil mengasap tak reti nak flush. gua marah tapi gua tahan. bukan marah gua tapi kepitan yang makin longgar

gua terus ke tandas sebelah. gua hampa. gua menangis. gua meratap meroyan. gua seperti ingin menyanyikan lagu Ella didalam situ. 

sikecil yang comel


Mental gua dalam tandas tu. nokaromm mana da melepas tak reti nak flush. da la keadaan gua makin parah. bertambah pula imej yang gua tak mungkin dapat lupakan

Jangan paksa gua melepas kat bilik mandi. dalam lubang2 kecik pon kalau gua pecahkan bahan buangan gua lepas pergi je dibawa air.

nasib baik yang ke 6 bersih dan murni. gua dapat menunaikan hajat dengan selesa dan tenang sekelian alam.


Point gua jaga lah tandas awam kita sebagaimana kita jaga pemakaian kita. nampak tak? macam tak masuk kan. tapi menusuk. awrrrrrr




p/s: sampai sekarang gua berdendam dengan penjenayah tu. dia buat gua tak fokus time nak study. gua terbayang.

p/s lagi: makan sayur kunyah elok terutamanya jagung. heeeeee














Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday 24 July 2016

Kini kembali dengan wajah lama. Ermmmmm



Assalammualaikm. hahai



Dah lama gak ye saya meninggalkan anda semua. maaf kerana kepadatan jadual dan kebusyan saya dalam kehidupan seharian penyebab da lame tak hupdate.

okay okay. nak marah marah la. baik marah sekarang sebab lepas ni kena tinggal lagi. muahahaha


takde la. pepaham la student an. busy buat assignment buat kerja kursus buat projek (projek kerja. bukan projek lain hengkorang jangan kotor sangat pikir lain ye. oleh kerana sekarang da pun habis (padahal da abes lame da cuma malas nak hupdate benda ni) saya cuma menganggur sahaja dirumah. 


siapa kate menganggur tak bagus. jangan lah jadi penganggur sangkak sangat tak reti buat keje. cuba lah kemas2 rumah ke, masak ke, mengemas ke. buat mak korang rasa berguna la korang lagi dari peti ais tu. haaaaa kan.


now mood raya gitu. bila beraya ni ada lah tak hengat makan semua dia bedal. puasa turun berapa je sekali raya abes gede pon tak muat nak pakai. 





sebenarnya aku takde idea sangat malam ni. saja sebagai pembuka kata. da lama menghilangkan. hehehehe sorry gais

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 4 April 2016

fuh fuh kedaung

Assalammualaikum





 Fuh fuh (acah2 tiup blog sebab berhabuk da lama tak berkungi tiba)

da lama jugak gua tak lepak sini. ye gua menggunakan kata ganti nama ke 4 menandakan gua serius. chewaaaa

 ye ye tahu gua da lama tak berkunjung tiba. gua busy dengan dailylife gua yang tak habis belajar ni. maklum la, gua kan pelajar yang baik dan berkomitmen tinggi. blog akak gua pon da lama tak berisi sejak beliau kawen dan ada anak. gua usha je, katanya menjaga suami adalah lagi penting dari memikirkan idea untuk lepak sini. tau la gua masih bujang dan kacak. hu
 
gua tak banyak sangat nak cakap sebab kilat pulak. gua nak lepak bawah selimut menggigil panggil mak gua jap lagi. nanti gua update. korang jangan isau k, happy go lucky. selamat berjaya.



p/s: doakan gua tengah final ni. risau macam nak terburai sarapan gua 2 hari lepas. 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment