Tuesday 2 December 2014

Pembukaan Sem Yang Owh mannnn

Assalammualaikum






Pam pam. Para Pam pam. Pam pam. Truttttt



Dasat bukan muzik pembukaan itu. Mesti korang tengah cuba menggayakan suasana itu bukan. Owh owh tidak ku sangka.

Agak baku. Rasa nak je tampa rumet aku. Apa salah dia?? Takde pon. Tapi da jadi hobi kot.

Okay baiklah. Semester baru da bermula. Tapi otak aku masih belom bersedia. Rasa kenkadang tu hang gak la kepala hotak ni. Walaupun memang selalu hang. Hehe


Actually aku cerita pasal masuk sem ni. Bukan. Sem tu bukan mall baru buka. Aishhhh nak ditampar da besar (ni aku cakap kat rumet aku. Hehe)



Bila korang masuk sem baru. Korang akan rasa apa?? Bahagia?? Derita?? Sedih?? Giler?? Eh ni aku je. Hehe

Sem ni aku sebilik gak ngan rumet aku. Mungkin da bese ngan dorang. Dorang ni senonoh sikit. Nak je luku kepala sorang2. Termasuk aku la gak tu tak senonoh. Hahahahahaha


Sem ni pon kelas sama. Tapi aku rindu masa kelas kat kedah. Time tu macam semua strangers an. Then kiteorang unite jadi sebuah Family. (lap hingus sat, da menitik kat keyboard ni) tapi its okay. kelas kat sini pon okay. Budak2 dia macam baru nak daftar darjah 1. Errrrrr


Okay tu je. Keyboard da rosak sikit kena hingus ni. huhuhu

p/s: aku nak melukis, tapi malas dia punya sebeban beb. Perghhhhh
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday 15 November 2014

Kelahiran baru yang awrrrrr.



bla 

bla

bla

berwawasan untuk....negara ku~~~



  Apa apa?? Mana ada lupa lirik. saja je nak suruh korang teka. hehe 

Hai apa khabar anda semua?? Sehat?? Sehat la tu. kalau sakit mana nak hadap komputerkan. Muehehe

Kali ini abang da ambil keputusan yang serius lagi serius bertambah serius berlipat kali ganda keseriusannya bahawasanya belog ini akan beroperasi seperti biasa. Kalau ada line la an. Ni masalah nya takde line. Kalau ada pun slow nya ish ish macam tenuk kuak lentang. tu yang susah sikit. 

Sebagai permulaan tu je kot. Idea kering sikit sejak akhir2 ni. Muahahaha byeee adios




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 23 September 2014

Kembali Dengan Penuh Bergaya Bebas

Asssalammualaikum





Hai hai semua orang. Da lama kita tidak berjumpa. Rasa nya dekat setahun gak la. Eh eh dasat nya.

Bukan apa aku just sebok je mengejar dunia (perghhhh ayat. akhirat sekali la!!)

Di sebab kan aku da lama tak hupdate benda alah ni. Korang boleh marah aku selama 3 minit.
Bermula sekarang

*
*
*
*
*
*
*
*
*

Suda ke?? Da la tu, jangan marah2 sangat. Nanti cepat tua. Muahahahahaha

Okay rasa nya tu je kot. Jumpa lagi 8 bulan. Eh takde2 nanti free aku hupdate. Huuuuuu
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 6 May 2014

Jangan Bersedih

Assalammualaikum



Ermmmmm mari kite seteret je. Kenapa tajuk aku macam begini punye serius??

Ye ye ye sebenar nya aku takde idea nak letak apa. Hehe

Baiklah aku da kembali aktif la kot ngan belog ni. Sebab ye saya takde keje. Ni la keje saya. Hahahaha

Okay okay. Berbalik pada tajuk. "Jangan bersedih". Kenapa pulak??

Ramai remaja masa kini bersedih sebab benda yang pelik.

Bersedih sebab kena tinggal la. Bersedih sebab orang lain la.

Tak mau tak mau. Tak elok macam ni. Jangan sedih2. Chill la.

Hidup tanpa ketawa ibarat makan nasi tanpa lauk.

Ermmmm sedap gak ayt atas ni. Hehe

Moral of the setori sebenar nya adalah cari kebahagiaan yang telah disediakan untuk kita. Jangan menyiksa hati kerana orang lain. Hehe



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 5 May 2014

Kebosanan sejenis haiwan peliharaan kah??

Assalammualaikum..




Hai semua sanak saudara saudari cikeboom cikeboom.

Saya disini sehat belaka. Ouchhh

Okay sies gedik. Kalau jumpa orang macam. Harap sabar. Kerana bagi nya gedik itu comel.

The heck. Apakah yang cuba dipikirkan oleh nya?? Cuma seekor kunang2 yang comel terlepas di atas batuan pantai.

Okay nampak tak aku da tak betul. Ye beginilah nasib seseorang pabila dia terlalu lama di rumah dan hanya bertemankan phone.

Kebosanan diibaratkan ayam jantan cuba menyamar menjadi itik. Jadah kah beliau. Takde keje ke ayam tu?? Baik keje kefci je macam tu.

Okay la adik2. Manfaat kan cuti anda dengan baik. Kerana, otak yang cerdas melahir kan pelajar yang cemerlang.

P/s: nampak tak. Ade moral diakhir nya. Hehe
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 29 April 2014

Hai Hai Salam Mesra

Assalammualaikum.....





Apa khabar semua?? Harap korang sihat2 belaka.

Da la juga tak onl incik belog ini. Kesian beliau di tinggalkan.

Bukan sengaja pon. Aku sebok dengan kerjaya. Chewaaaa kerjaya. Nampak tak ketidaksedaran diri seorang pelajar.

Okay baru je cuti sem sebenarnya (Da lama da ziq oiii. Kau je lambat hupdate  benda alah ni).

Hehe kebelakangan ni agak sebok dengan duniawi sikit. Kerja, sesement, jenjelan (jenjalan paling banyak, hehe) dan sewaktu dengan nya.

Nak mandi pon tak sempat tau kadang2 bila kelas pagi. Nasid incik perfume tolong. Hamek kau bau wangi je pagi tu. Padahal sebotol habis. Hehe

Tapi begitu la kehidupan seorang pelajar. Adakala mandi, adakala mandi kejap, adakala mandi air panas. Eh


Okay takde ending. Hahaha
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday 26 January 2014

Terobek Pengalaman. Heeeeee

Assalammualaikum...




Januari da nak abish dan aku baru hupdate benda ni??

Bese la. Aku agak sebok menjalankan kerja seharian. (chewaaa ayat macam da keje)

Sedar tak sedar da nak habis bulan januari tahun 2014. 2014 beb. Da semakin dewasa pulak rasa diri ini. Hehe

Ok ok bila da semakin dewasa ni, tetiba teringat zaman kanak2 dahulu kala. Zaman dimana otak tak berapa berfungsi, akal tak begitu matang (sekarang pon macam sama je kot. hehe), perangai kebudak-budakan, dan keenseman bukan menjadi ukuran. Hehe

Aku antara budak yang baik masa sekolah dulu. (hehe kalau yang kenak tu jangan bocorkan ek). Baik tapi tak nerd. Ermmm beza tau adik2

Ponteng bukanlah subjek tambahan dalam kamus hidup aku. Chewaaaa ayat bombastik. Mesti terharu cikgu pejoo ngan aku. Hehe

Ok tapi teringat sekali time aku nak ponteng bengkel fizik. Waktu tu memang terasa jahat la sebab aku baik. (baik la sangat)

Waktu tu tak silap nak sepeem beb. Aku ngan domet merangkap kelasmet merancang sesuatu yang mengalah kan orang merancang untuk merompak kedai mamak 24 jam. Waktu tu cicak2 pon tak berani bersuara takot di telan hidup2. Anjing pon tak berani menyalak akibat tercekik tulang (ok ni takde kena mengene)

Nak ponteng bengkel je kot, tapi tahap keseriusan kami melebihi tahap orang yang sedang kena sembelit.

Pagi tu memang heven kot. Segala nya tenang. Budak2 lain sedang bertarung nyawa sedangkan kita orang sedap2 landing di atas tilam yang lembut ibarat bisikan bidadari. Chewaaa ayat sastera yang mampu membuat ramai sasterawan terharu. Hehe

Sampai la pintu dorm kami yang comel berwarna biru itu diketuk dengan penuh rakus dan belas kasihan. Ingat nak marah beb. Tah sape sape tah yang mengganggu ketenteraman tidur kami. Rupa nya pengetua beb. Arghhhh waktu tu rasa menyesal sudah tiada guna nya ibarat telur didalam kuali. Memang jilakak la an.

Penat2 je perancangan yang dirancang itu. Tapi nasib nama tetap ada kat kehadiran bengkel. Hehe hidup kena bijak.

Moral of setori, kalau nak ponteng, bia ponteng waktu malam. Waktu tu pengetua pon malas nak naik. Baik beliau layan x-box bersama anak2 beliau.

rasa nya tu je kot. Keje banyak lagi ni. Chowwww
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment