Tuesday 17 January 2017

Adakah Aku Masih Di Cintai?

Assalammualaikum





Hai apa khabar buat pembaca2 blog sekelian. Ye ye gua tak tunaikan janji gua untuk kerap mengepost. Apakan daya gua punya tahap busy punya la tinggi setinggi gunung daik bercabang tiga pulau redang jauh ke tengah. gunung makwe jangan didaki dosa nanti. 


Okay kenapa tajuk gua kali ni macam putus cinta. bukan gua yang putus cinta (gua bukan tak laku ek)

Ni merupakan blog gua yang kesedihan setelah sekian lama di tinggal pergi. 

Hari ni genap berapa tahun tah(gua malas nak tengok) gua berkecimpung dalam dunia pemblogkan. Masa2 gua buat dulu zaman tengah naik gitu tengah hot gitu. siapa ada blog dikira power dikira legend dikira hotstup la kateko. okay takde gua tipu je. tapi memang zaman tu tengah naik dan ramai orang ada blog. tapi disebab kan kesibukan harian benda alah ni sudah semakin ditinggalkan. eh korang jangan baca serius. gua tengah serunuk-serunuk menaip sambil makan mister potato ni. habis bersemut ni keyboard gua. tapi gua bukan keyboard warrior k. 


sekarang semakin lama semakin hilang ditelan dek zaman. kita lebih suka benda yang ringkas dan mudah untuk digunakan. apa lah. nak benda senang je. macam gua. malas nak buat penutup. esok lusa tulat minggu depan bulan depan ke gua update lagi. huhu

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 1 August 2016

Kenapa Superman Tak Dok Malaysia?

Assalammualaikum dan huhai sekelian manusia








Seperti yang aku janjikan untuk aktif dan produktif dalam mengaktifkan belog yang tak seberapa ini. berapa banyak tif da dalam ayat.

Dah dah, aku malas nak pusing2 ayat. kita ke topik yang penting dan serius (wow serius nya belog ni. korang patut scary sheit you know)

Pasai apa superman tak mau landing kat mesia. padahal memacam negara da dia pegi tapi tak mau lepak2 kat malaysia.

If we can see(chewaaa), Malaysia ada cuaca yang sesuai untuk superman (google translate lembap kita melayu saja na)

Hal ini demikian kerana (wah wah mohon terkesima ngan ayat gua ni) Malaysia mempunyai panas dan lembab sepanjang tahun yang sesuai ngan Superman. Kan kan

kan kalau tengok kartun dia tu. dapat kuasa balik lepas kena matahari. tak tau pasai apa dia tak terkena sinaran UV yang merbahaya mungkin pasai dia kebal ke an. 

Bayangkan lah kan. gunakan imaginasi korang tu. kalau dia dok kat Malaysia. Penat wooo layan orang kita. Bukan dok tangkap penjahat je.

Kita mostly akan minta tolong benda yang bukan2 contohnya

1.) tolong ambilkan barang kat tempat tinggi

Ni biasa pi shopping ni. Nak beli tisu tapi depa dok letak kotak2 tisu tudia atas rak tinggi2 wo. silap2 tarik abes kena himpap dengan bebanyak tisu. dengan adanya superman kat mesia, barang tinggi bukan masalah lagi.





Ye ye lukisan aku tak lawo. jangan kutuk hotak.



2.) tolong kopekkan durian


sekarang ni musim durian pula. sana sini jual durian. ada yang ngidam sangat sampai pi petik durian (ni mesti kes follow blog akak aku. rosak terus perangai). 

bila da berdurian kena kopek iyedok. kadang2 tu bila pakcik2 ni nak mengopek untuk makcik da tak larat. menggeletar  1 badan. durian tu lama2 jadi tempoyak da nunggu dikopek nye





3.) Tolong cari barang hilang



ni biasanya terjadi kat gegadis. kenapakah? mostly dorang akan beli beriban pin tudung and then selepas seminggu  ade 2 3 ketoi je tinggal. mostly yang jumpa hasben dorang sebab da tercucuk kat pungkoq. huhuhu








pasai ni lah superman malas lepak mesia. nanti penat je ngan benda pelik2. 


okay entry kali ni takde ending. abih macam tu ja

p/s: malas nak pikir penutup. biaq pi cantu ja. huhu


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment