Tuesday, 2 December 2014

Pembukaan Sem Yang Owh mannnn

Assalammualaikum






Pam pam. Para Pam pam. Pam pam. Truttttt



Dasat bukan muzik pembukaan itu. Mesti korang tengah cuba menggayakan suasana itu bukan. Owh owh tidak ku sangka.

Agak baku. Rasa nak je tampa rumet aku. Apa salah dia?? Takde pon. Tapi da jadi hobi kot.

Okay baiklah. Semester baru da bermula. Tapi otak aku masih belom bersedia. Rasa kenkadang tu hang gak la kepala hotak ni. Walaupun memang selalu hang. Hehe


Actually aku cerita pasal masuk sem ni. Bukan. Sem tu bukan mall baru buka. Aishhhh nak ditampar da besar (ni aku cakap kat rumet aku. Hehe)



Bila korang masuk sem baru. Korang akan rasa apa?? Bahagia?? Derita?? Sedih?? Giler?? Eh ni aku je. Hehe

Sem ni aku sebilik gak ngan rumet aku. Mungkin da bese ngan dorang. Dorang ni senonoh sikit. Nak je luku kepala sorang2. Termasuk aku la gak tu tak senonoh. Hahahahahaha


Sem ni pon kelas sama. Tapi aku rindu masa kelas kat kedah. Time tu macam semua strangers an. Then kiteorang unite jadi sebuah Family. (lap hingus sat, da menitik kat keyboard ni) tapi its okay. kelas kat sini pon okay. Budak2 dia macam baru nak daftar darjah 1. Errrrrr


Okay tu je. Keyboard da rosak sikit kena hingus ni. huhuhu

p/s: aku nak melukis, tapi malas dia punya sebeban beb. Perghhhhh
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday, 15 November 2014

Kelahiran baru yang awrrrrr.



bla 

bla

bla

berwawasan untuk....negara ku~~~



  Apa apa?? Mana ada lupa lirik. saja je nak suruh korang teka. hehe 

Hai apa khabar anda semua?? Sehat?? Sehat la tu. kalau sakit mana nak hadap komputerkan. Muehehe

Kali ini abang da ambil keputusan yang serius lagi serius bertambah serius berlipat kali ganda keseriusannya bahawasanya belog ini akan beroperasi seperti biasa. Kalau ada line la an. Ni masalah nya takde line. Kalau ada pun slow nya ish ish macam tenuk kuak lentang. tu yang susah sikit. 

Sebagai permulaan tu je kot. Idea kering sikit sejak akhir2 ni. Muahahaha byeee adios




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, 23 September 2014

Kembali Dengan Penuh Bergaya Bebas

Asssalammualaikum





Hai hai semua orang. Da lama kita tidak berjumpa. Rasa nya dekat setahun gak la. Eh eh dasat nya.

Bukan apa aku just sebok je mengejar dunia (perghhhh ayat. akhirat sekali la!!)

Di sebab kan aku da lama tak hupdate benda alah ni. Korang boleh marah aku selama 3 minit.
Bermula sekarang

*
*
*
*
*
*
*
*
*

Suda ke?? Da la tu, jangan marah2 sangat. Nanti cepat tua. Muahahahahaha

Okay rasa nya tu je kot. Jumpa lagi 8 bulan. Eh takde2 nanti free aku hupdate. Huuuuuu
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, 6 May 2014

Jangan Bersedih

Assalammualaikum



Ermmmmm mari kite seteret je. Kenapa tajuk aku macam begini punye serius??

Ye ye ye sebenar nya aku takde idea nak letak apa. Hehe

Baiklah aku da kembali aktif la kot ngan belog ni. Sebab ye saya takde keje. Ni la keje saya. Hahahaha

Okay okay. Berbalik pada tajuk. "Jangan bersedih". Kenapa pulak??

Ramai remaja masa kini bersedih sebab benda yang pelik.

Bersedih sebab kena tinggal la. Bersedih sebab orang lain la.

Tak mau tak mau. Tak elok macam ni. Jangan sedih2. Chill la.

Hidup tanpa ketawa ibarat makan nasi tanpa lauk.

Ermmmm sedap gak ayt atas ni. Hehe

Moral of the setori sebenar nya adalah cari kebahagiaan yang telah disediakan untuk kita. Jangan menyiksa hati kerana orang lain. Hehe



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, 5 May 2014

Kebosanan sejenis haiwan peliharaan kah??

Assalammualaikum..




Hai semua sanak saudara saudari cikeboom cikeboom.

Saya disini sehat belaka. Ouchhh

Okay sies gedik. Kalau jumpa orang macam. Harap sabar. Kerana bagi nya gedik itu comel.

The heck. Apakah yang cuba dipikirkan oleh nya?? Cuma seekor kunang2 yang comel terlepas di atas batuan pantai.

Okay nampak tak aku da tak betul. Ye beginilah nasib seseorang pabila dia terlalu lama di rumah dan hanya bertemankan phone.

Kebosanan diibaratkan ayam jantan cuba menyamar menjadi itik. Jadah kah beliau. Takde keje ke ayam tu?? Baik keje kefci je macam tu.

Okay la adik2. Manfaat kan cuti anda dengan baik. Kerana, otak yang cerdas melahir kan pelajar yang cemerlang.

P/s: nampak tak. Ade moral diakhir nya. Hehe
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, 29 April 2014

Hai Hai Salam Mesra

Assalammualaikum.....





Apa khabar semua?? Harap korang sihat2 belaka.

Da la juga tak onl incik belog ini. Kesian beliau di tinggalkan.

Bukan sengaja pon. Aku sebok dengan kerjaya. Chewaaaa kerjaya. Nampak tak ketidaksedaran diri seorang pelajar.

Okay baru je cuti sem sebenarnya (Da lama da ziq oiii. Kau je lambat hupdate  benda alah ni).

Hehe kebelakangan ni agak sebok dengan duniawi sikit. Kerja, sesement, jenjelan (jenjalan paling banyak, hehe) dan sewaktu dengan nya.

Nak mandi pon tak sempat tau kadang2 bila kelas pagi. Nasid incik perfume tolong. Hamek kau bau wangi je pagi tu. Padahal sebotol habis. Hehe

Tapi begitu la kehidupan seorang pelajar. Adakala mandi, adakala mandi kejap, adakala mandi air panas. Eh


Okay takde ending. Hahaha
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, 26 January 2014

Terobek Pengalaman. Heeeeee

Assalammualaikum...




Januari da nak abish dan aku baru hupdate benda ni??

Bese la. Aku agak sebok menjalankan kerja seharian. (chewaaa ayat macam da keje)

Sedar tak sedar da nak habis bulan januari tahun 2014. 2014 beb. Da semakin dewasa pulak rasa diri ini. Hehe

Ok ok bila da semakin dewasa ni, tetiba teringat zaman kanak2 dahulu kala. Zaman dimana otak tak berapa berfungsi, akal tak begitu matang (sekarang pon macam sama je kot. hehe), perangai kebudak-budakan, dan keenseman bukan menjadi ukuran. Hehe

Aku antara budak yang baik masa sekolah dulu. (hehe kalau yang kenak tu jangan bocorkan ek). Baik tapi tak nerd. Ermmm beza tau adik2

Ponteng bukanlah subjek tambahan dalam kamus hidup aku. Chewaaaa ayat bombastik. Mesti terharu cikgu pejoo ngan aku. Hehe

Ok tapi teringat sekali time aku nak ponteng bengkel fizik. Waktu tu memang terasa jahat la sebab aku baik. (baik la sangat)

Waktu tu tak silap nak sepeem beb. Aku ngan domet merangkap kelasmet merancang sesuatu yang mengalah kan orang merancang untuk merompak kedai mamak 24 jam. Waktu tu cicak2 pon tak berani bersuara takot di telan hidup2. Anjing pon tak berani menyalak akibat tercekik tulang (ok ni takde kena mengene)

Nak ponteng bengkel je kot, tapi tahap keseriusan kami melebihi tahap orang yang sedang kena sembelit.

Pagi tu memang heven kot. Segala nya tenang. Budak2 lain sedang bertarung nyawa sedangkan kita orang sedap2 landing di atas tilam yang lembut ibarat bisikan bidadari. Chewaaa ayat sastera yang mampu membuat ramai sasterawan terharu. Hehe

Sampai la pintu dorm kami yang comel berwarna biru itu diketuk dengan penuh rakus dan belas kasihan. Ingat nak marah beb. Tah sape sape tah yang mengganggu ketenteraman tidur kami. Rupa nya pengetua beb. Arghhhh waktu tu rasa menyesal sudah tiada guna nya ibarat telur didalam kuali. Memang jilakak la an.

Penat2 je perancangan yang dirancang itu. Tapi nasib nama tetap ada kat kehadiran bengkel. Hehe hidup kena bijak.

Moral of setori, kalau nak ponteng, bia ponteng waktu malam. Waktu tu pengetua pon malas nak naik. Baik beliau layan x-box bersama anak2 beliau.

rasa nya tu je kot. Keje banyak lagi ni. Chowwww
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, 11 December 2013

First enteri untuk Disember ini. Yahouuu

Assalammualaikum..




Sesorry semua. Da agak lama abang ensyem korang ni tak hupdate teratak katak ni. Huhuhuhu *mesti yang ramai tengah muntah darah sekarang ni.


Pe kabo semua nye?? Harap2 sehat2 belaka2. Semenjak dua menjak tiga menjak ni aku agak sebok dengan persiapan kahwin. HAH!!?? Hamaigad. Jadah apakah aku nak kawen. Mau kena jurus lapan ratus petapa kang aku dengan mak tersayang.


Sekarang da Disember. Oh mai. Mai bukan nama aku. Nape aku mention?? Eh lantak la. Da Disember so bulan ni adalah bulan yang dinanti-nanti kan oleh kanak2 riang selepas hari raya. Time ni dorang nak merehat kan minda serta pinggul yang awrrrr selepas hampir 11 bulan dok tercongong kat atas kerusi. *nampak sangat tak belajar nya. Hahaha


Budak sepeyem pun da habish da paper. Begitu juga budak2 setepeyem. (jadah nya aku pakai bahasa raksasa ni) peduli kan itu semua. Sekarang ni aku tak boleh rehat. Kenapa!!?? Kenapa aku kena belajar time cuti2 yang hening begini. Huaarrghhhhh (sambil gigit member sebelah)


Aku rasa itu je kot yang aku nak kongsi kan setakat ini. Ini perkongsian atau bebelan yang tidak masuk akal. Hoyeahhh


papai..Selamat Bercuti.

p/s:budak2 laki sila bersiap sedia. hua hua hua hua!!!
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, 6 September 2013

Kutu binatang yang ohsyem??

Assalammualaikum...





Apa khabar anda semua?? Sihat2 la harap gitu ye.


Ok cukup pengenalan itu, tidak mahu lagi kata manis dan pujangga. Jadah aku mention kutu dalam enteri kali ini.

Oh jangan pikir aku kena serangan kutu itu. Cuma apabila kerja sekolah melanda diri, pikiran mula melayang jauh. Hoooyeaahhh


Hari tu ada tengok iklan kat tv ada tunjuk pasal kutu. tetiba ubah camel..eh maksud aku siaran lain iklan syampoo kepala dan bahu. So ada kena mengena ke?? Apakah agenda mereka berdua tu. Memang takde ape pon saja timbul kan suspend dan terkejuzzz


Asal aku sebut kutu sebagai binatang ke serangga?? biar la. haaa yang ohsem??

Penah pikir macam mana dia boleh survive kat kepala korang lek jee. Tah korang mandi ke tak. Bau lagi. Kalau kita la. Damn sangat.






Mula2 aku pikir kutu seekor habitat pemakan kelemumur. So ada niat nak bela la sekor due tu. Mana tau, jimat duit beli syampoo

ni kat kepala tau.



Rupa2 nye sangkaan aku meleset setelah aku layan dicovery channel, nat geo, astro warna, eh ermm ni saja layan. hehe baru aku tau rupa nya benda ni sangat kejam dan penghirup darah manusia. Tak ohsem langsung.






Damn dia isap darah. Patot la ramai yg bela kutu muka pucat. Ini cinggey nye hal (macam tak masuk je an. hehe)


Maka dengan ini.......


Sambung la nnti. HAHAHAHAHAHAHA




voice mail: jangan bia kan kepala anda penuh kutu. hoooyeaahhh



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, 4 August 2013

Jalan2 Ke Bazaar Yang Ohzemmm~~~

Assalammualaikum semua.




Sayang semua nya, telah terlambat. bla bla bla



Harap korang tau lagu di atas sebab aku tahu part tu je. Yang lain da out terus.


Ok bukan pasal lagu yang aku nak cerita. Pasal bazaar. Yeayyy!! Bazaar!! tempat yang mampu melatih segala nafsu adalah bazaar!! Perlu ke aku ulang. SEGALA NAFSU!!!


Kat bazaar macam2 ade wooo. Foods, drinks, girls?? Hamaigad. This is najis lembu man.


Bila pergi ke bazaar, aku da macam zombie yang kebulur kan otak manusia (tapi kat bazaar just ada otak-otak je). Macam2 nak. Tak tau mana nak pilih. Semua makanan bersinar2 terang.



Taktik2 orang biasa iaitu mengguna kan gadis2 yang lawo tidak berguna pada bulan ramadhan. Sebab kebanyakkan orang laki hanya pikir makan je. Mereka tidak nampak apa da selain itu.



Ini ternyata pabila kedai2 yang sekaum ngan mereka pun turut laku. HAHAHAHAH!!

Ok apa yang aku merepek ni. Tengah2 malam (malam ke??huhuhuhu) aku tak dapat tido. Nak kacau orang tentu2 la da tido. Hihihihi


Ok setakat itu la. Takde ending. ZZZZzzzz
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, 24 July 2013

Dalam Diam Ia datang. Dalam Sepi Ia Pergi~~

Assalammualaikum & Salam Ramadhan





Hai hai hai. Are you ready kids?? I cant hear you!! Hahahahah bla bla bla (perlu ke aku igt semua lirik)


Yeah!! Pengaruh sponge bob dalam kalangan pelajar sekarang sangat hebat. Kerana seee *sponge se ape ek?? -_-''.. Arrghhh peduli kan


Sebenar nya bukan tu yang aku nak cerita, saja je  buat gempak. Da lama tak hupdate blog ni sampai aku takde idea nak tulis ape. pikir.....jalan buntu yang aku jumpa. Hahahaha macam la jalan buntu tu member aku nak jumpa2


Kita da setengah bulan da berpuasa (puasa tak puasa ni??huhuhuhu) Setengah ok!! SETENGAH!!

Aku tak tau apa punca rumah belakang ni main bunga api dan mercun berserta mercun roket lemau(smpai atas tak meletop pon, sia2 aku tunggu kegempakan nya)

Habis rumah aku berbau belerang dan ayam golek. Ok ayam golek tu buka nya tapi tetap bau kat tangan. Hahahaha aku basuh tangan ok.

Ok aku nak sebenar nya mercun. Teringin sangat. Dapat mercun bola letak kat katak pastu

              POMMMMM!!!! HAHAHAHAH!!!(ni aku gelak)

Yeahh sangat ohsem kan tapi aku tak penah buat ek. Budak baik la kata kan. Hahahahaha sila sedia kan baldi saiz sederhana. Huhuhuhu

ok la. sampai sini je nukilan saya (budak baik) kita jumpa di lain hari...


voice mail: nak bunga api yang warna warni tu.. XD

kotak cik mail: bagi la dalam seikat ek..terima kasih..huhuhuh
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, 12 July 2013

Ramadhan Kembali Lagi!! Ohsemm~~~

Assalammualaikum




Hai pekabor semua. Harap semua sihat2 belaka.


Ramadhan, bulan yang mulia yang ditunggu oleh umat Islam bagi memperganda amalan tatkala hampir setahun mempertaruh kan amalan dengan duniawi (macam bombatik je ayt aku ni)

Yeah, tahun ni tak dapat lagi berpuasa dengan kakak yang termontel. Bukan sehari mahupun seminggu, malah sebulan ni. Hahahaah bia kan dia hidup di perantauan. Bia dia kenal erti kehidupan yang sebenar. Huhuhuu


Ok cukup intro tu agak nye. Bila puasa syaitan akan di ikat. Tapi dia pandai. Ditinggal kan member sedorm iaitu nafsu. Perghhh paling bengang la. Apakah yang berlaku jika berpuasa seharian?? Yesss lapar dan dahaga. Apa yang ada pada bulan Ramadhan?? Yeahhh bazaar.


Nampak tak permainan dia. Bila bulan puasa je, macam2 kuih muih yang tak penah di tengok akan terpancul ketika itu. Mata pun bersinar2 melihat keindahan alam di bazaar. Nak2 kalau yang jual tu awek cantik. So nak pilih makanan ke awek tu??


Ofcois la makanan. Pilih awek tu bukan kenyang pon. Huhuhuh

Ok setakat ini saja entri pada pembukaan bulan puasa

Akhir kata selamat menyambut bulan Ramadhan, puasa tau jangan tak puasa..



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, 3 July 2013

Pemergian yang di nanti-nanti kan beliau. Huhuhuhu

Assalammualaikum



Da lama tak online woii. Membatak pulak aku. Kesibukan yang giler sebok sampai nak buang air pon tak sempat. Nak dating apa tah lagi. Memang tak la an.



Ok, saja je  intro tu. Kang takde intro macam tak sedap pulak an.

Pemergian?? Sangat dasat ayat tu. Secara rasmi dan official nya kakak ku suda menjadi cikgu!!! Yeayyyy!! Mari besorak dan bergumbira.








Maka dengan ini aku tak tau la dia dari keje memetik durian ke cikgu yang di hormati.

Semoga beliau selamat dan gumbira memetik durian kat sana. (tu tabiat beliau..huhuhu)


Akhir kata..bye






Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, 1 July 2013

Yeahhh Her Birthday Yawww!!

Assalammualaikum..



Yeahhh hari ni pon berthday dia, kawan baik yang terbaik lagi baik giler. (nampak tak berapa baik nye aku??huhuhu)


ok la macam bese, mengucap kan






















kepada cik Nuramelina bt Ab Aziz..hehehe thankz der always at my side mirror..huhuh

semoga panjang umur dan murah rezeki..


p/s: da tua kau da. hahahahaha belanja koop nnti..huhuh
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, 21 June 2013

Zaman Dolu VS Zaman sekarang.

Assalammualaikum..




Hai semua. Pe kabor?? Harap sihat la ye idok. Da lama tak menghupdate binatang peliharaan ni rasa kekok plak. Hahah

Kebelakangan ni sebuk mengalah kan orang yang suka menyibok. Kepadatan kerja beb membuat aku tak keruan,haruan,kerisik dan juga santan pekat (benda ni resipi masakan yang tkde kena mgena)



Ok la intro yang sederhana itu. Kita berbalik pada tajuk. Jadah apa zaman dolu ngan zaman sekarang. Ketinggalan zaman kah. Bukan bukan bukan seribu kali bukan.

Ianya mengenai budak2 zaman dolu kala ngan budak2 zaman sekarang HD. Nampak perbezaan dia.

Nape aku tetiba membentang kan hal yang sebegini rupa *cheee ayat power haha. Hari tu aku secara tidak sengaja (serius tak sengaja) terdengar perbualan sorang pakcik ni. Kat kedai makan kan banyak pakcik. Bukan salah aku dengar perbualan dorang.

Pakcik tu dengan penuh kewajaan dan kewarasan berkata "bunga mangga rumah sape tah(aku tak igt nme) banyak lagi. Budak2 zaman skang mne suke main bunga mangga da" sampai tu je la aku dengar. Kang dengar lama2 terlepak sekali plak.

Blah je aku dari situ aku terpikir, budak sekarang main ape?? Damn pikiran bercelaru bertambah dengan kerja sekolah yang melambak2. Kerja pun aku tak buat tetiba benda lain aku pikir.


Sebab budak skang da tak pedulik an benda alah tu adalah jeng jeng jeng (buat bunyi sendiri) :


1) Kecanggihan teknologi pergerakkan dan ke ape tah an an.


Apa yang canggiy sangat tu. Habaq mai sat. Semestinya Tora datang lagi. Oh salah masuk, smartphone. Dengan hanya satu click, para pengguna boleh bermain lebih dari beribu jenis permainan. Da macam promter da. Setiap kanak2 mesti ada sematpon. Aku pon pakai phone cikai je. Baling anjing, die pon tak nak tau.






2) Rancangan telebesen yang ohsemmm


Hahahaha sekarang banyak cerita kartun yang ohsem2 belaka sehingga aku pun kadang2 layan gak. Keohseman nya membuat kan kanak2 alpa pada persekitaran sekeliling nya. Tapi yang paling ohsem aku rasa teletubbies la sebab ade tv kat perut dorang. Sangat hebak.










3) Tidur

Setelah penat main angry bird ngan tengok tv. Maka tido la mereka. Atau pun tido memang hobi dorang tak tau la.















ape??tak kan tido nak lukis gak. Tengok la adik korang tido. Klo takde adik, jiran sebelah pun boleh.






ok sampai sini saja la nukilan yang di sampai kan. Tak kisah la apa pun berlaku. Asal kan kita tak berubah ke arah keburukan. Bak kata pepatah takda dolu takda sekarang. Tak tau la pepatah mana ni.

Ok chiawww


*hati2 di jalan raya. dan jangan suka melepak sangat. Hehe peace















Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, 10 June 2013

Happy Birthday..

Assalammualaikum



Hari ni just nak wish birthday kat W.R. Haziqah. Sorry terlambat sehari. Hahahaha biasa la sibuk ngan kerja seharian kan

Tanpa membuang masa dan ink komputer, saya mengucap kan..
























p/s: sorry ceq terlambat sehari. Harap hang murah rezeki dan panjang umur. Yang penting happy always. Haha


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, 5 June 2013

Isyrak Mikraj Dan Birthday Abah ngan Mak serta Member.

Assalammualaikum..





Salam  Isyrak dan Miksaj kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan luar negara. Malaysia kini sedang bergerak maju kehadapan seiring dengan negara-negara barat yang lain.

Erghhh ok intro yang bagus kan. Esok Isyrak dan Mikraj kan (kalau salah tegur ok) dan juga hari lahir mak dan abah saya ( En Rasid dan Pn Siti). Yeaaayyyyy!!! Oh tak lupa juga member sekelas saya cik wani yang juga menyambut hari lahir nya yg ke-18.


Oleh itu. Saya dengan berbesar hati dan limpa mengucap kan..













Mudah-mudahan meraka di rahmati Allah, di murah kan rezeki, di panjang kan umur. Amin..


simple je kan. Hahahaha 


Sampai disini saja la ok. Hehhe



p/s: Sayang Mak ngan Abah. Terima kasih kerana menjaga kami 3 beradik.

*cik wani >belajar elok2 ok. hahahaha



Tetiba gamba kecik. Hehe sorry ok. 1st time buat. Lain kali bikin gempak sikit. 








Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, 26 May 2013

Cinta, jangan salah ngerti.

Assalammualaikum...




Yarrrr!!! Kembali saya lagi dalam entri kali ni. Baru je beberapa hari lepas saya hupdate, kini hupdate lagi. Takde kerja. Jadi ini la keje saya (padahal kerje berepah dalam beg kena buat)




Ok ok k.o. Hahaha kita terus je ke tajuk. CINTA . Datang melalui perasaan secara tiba2. Meresap ke dalam hati dan kemudian hadir nya KASIH . Apa pasal aku jiwang memalam buta ni. Sudah..


Henti kan. Pasal cinta mesti orang kait kan dengan KAPEL <(malas nak warna kan). HAHAHAHA!! Bila kapel je orang akan sebut berkasih tidak mengikut waktu dan ketika. 24 jam bercinta je. Bia la. Terasa aku. Hahaha.


Sesetengah pasangan bercinta ada yang ala kadar je. Mesej tak selalu, call jarang, pesbuking kadang2. Ada yang kapel hardcore. All the time berkasih. Tapi ada pasangan yang buat KAPEL ni nampak teruk bebeno la. Dorang buat apa. Maksiottt. Ish3. Tak elok ye adik2. Bak kata pepatah kerana nila setitik, bertompok baju sekolah aku. Haahahah


Apa yang patot di buat dan apa yang patot tak dibuat?? Ayat ganas yang aku guna kan ini. Hahahaha    



1)  Valentine Day


Jadah apa la aku mention benda ni. Benda ni tak wajib pun kita sambut. Malah tak elok bagi pasangan yang belum ada ikatan yang sah. Yang da kahwin tu pi lantak la nak sambut.

Yang tak patut:





Yang sebeno nye patot:






2) Berdating

Yeayyy!! Benda ni selalu orang buat. Aku?? Ermmmm ye dating memang ramai orang laku kan. Hujung minggu ke an. Tapi jangan la melebih-lebih. Meraba-raba. Da macam jahanam je perangai.


Kena ada jarak yang selamat la. Kalau boleh berteman kan orang yang muhrim bagi wanita. Waaaa baik ko aku hari ni. Hahahaha

*malas lukis. Tak reti




3) Permainan Perasaan

Ni jangan main2 woi. Perasaan bukan sejenis permainan macam PS3 ke, XBOX ke. Perasaan ni macam cokelat. Ada pelbagai jenis cokelat. Apa yang aku merepek ni. Hahahaaha







Hahaha sendiri mentafsir la ek. 




Sebenar nya cinta yang paling setia adalah cinta pada Allah, cinta pada Rasul, Cinta pada ibu dan ayah. Pertemuan, jodoh, ajal maut rezeki semua Allah yang tentu kan. Kita cuma perlu berdoa dan berusaha. Hahaha


Sampai sini je la ek. Penat pula menaip. Nasib menaip. Kalau menulis memang tak hupdate la benda ni.




p/s: entri kali ni macam baik sikit kan. Hahahahah sekali sekala.







Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, 24 May 2013

Permulaan yang baru, jiwa yang baru, perangai lama.

Assalammualaikum..



Hai hai hai. Maka dengan ini bermula cuti sekolah selama 2 minggu tanpa henti. Kanak2 riang boleh tengok cerita kartun sampai muntah hijau, kuning. biru laut dan lain2.


Ok pejam celik, pejam celik, pejam tak celik terus pon ada, sudah pun sampai di penghujung bulan 5. Tak lama lagi nak puasa.

Ok permulaan yang agak baik kak senah oi. Haaa da lama tak hupdate belog ni. Kekok pula nak menaip. Dulu masa nak menulis, kekok sebab asyik menaip je. Padan kan muka ko. Hahaha kekejaman berlaku juga.

Da da setop merepek. Hupdate belog ni sebab cik ziqah suruh. Kalau tak sampai buka sekolah aku tak sentuh. Awww

Bukan apa. Sekarang da sibuk. Macam2 nak kena buat. Penat giler kot. Tengok belog pon nama giler. Bertambah giler aku.


Kita berbalik pada tajuk. "Permulaan baru". Apakah?? Sejenis tumbuhan kah?? Sejenis haiwan kah?? sebenar nya sejenis mamalia tapioka. Takde la. Permulaan, orang putih kata new beginning, orang lain kata  start, budak gamer kata new game or restart.


Lantak pi dorang nak habaq apa. Ceq tak kisah. Pernah dengar pasal revolusi kehidupan?? Dari kita lari sampai la lagi bape hari je nak hidup. Orang panggil kitaran kehidupan. Seorang pergi, ada yang datang.


1) Apabila kita lahir

Orang akan tanya nama, berat, dan apa ek?? Zzzzzz







2) Apabila da besoo 

Ya, aku skip. Kalau nak cite sampai dia membesar tu agak ambil masa bertahun-tahun lama nya. Bila suda besar, da kenal mana haram dan halal (kadang2 buat tak kenal), orang akan tanya "bila nak kahwin". Bila da kahwin orang tanya "da berapa anak??". Bila da beranak pinak orang tanya "bila nak bercucu??". Begitu la kitaran nya sampai la tak tahu bila penghujung nya













yeeeee maka sampai sini sahaja la. Apa pun persoalan dan manusia tak dapat di pisah kan ibarat aur dan tebing, hati2 kadang2 tsunami yang datang.


Chow dulu. Hahaha bye yawwww




p/s: aku ingat nak buat karangan lengkap, tapi penat punya pasal terpaksa la sikit kan.

p/s: maka nampak la keseriusan aku dalam berkarya. Hahahahah


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, 12 May 2013

Reunion yang terbaik...la kot. Haha

Assalammualaikum..




Apa kabar saudara saudari cikebom cikebom?? Haha hentikan repekan yang ala ala rempitan di jalan raya.


Ok la ye tuan2 dan puan2, kita seteret to the title. Pagi tadi da nak dekat tengah hari kelas saya, 5 elektrikal 1 telah mengada kan satu reunion dalam bahasa melayu apa ek?? Takpe la, hehe oh sambung balik, di Pizza Hut Kuala Selangor.(waaa entri ala2 laporan gitu, penuh sopan dan santun tanpa santan)


Reunion yang di ketuai oleh Cik Mel dan berapa orang ahli lupa nak kira tadi (sebab tak semua,yang lain ebok kot hehe) telah join ok. Saya bertolak dari rumah pada pukul 8.30 pagi kerana takut lambat tapi rupa2 nya awal. Yang adakan tak datang2 masa tu. Hangin je.


Takpe la. Turut menyertai lawatan sambil kenyang kan perut ini adalah Teacher Dilla yang merangkap guru English kelas saya. Seronok la gak sebab dapat jumpa member yang jauh. Giler koo dari negeri sembilan ke selangor ingat dekat. Tapi pape pun best dan menguja kan.


Saya tak dapat join lama sebab kena balik awal. Kalau malam takot ade benda tumpang (da la aku sorang kat belakang)

Ini ada sedikit tatarajah buat tatapan anda semua..

yang merah tu cik wani ngan cik ajim sebelah die. suma doq dengaq ceramah ticer



tengah mengcover..haha




cik mel, yang ngantok tu cik syira n tice dilla.



dari kiri saya, husni, zakwan, ammar, ngan sape tu??



cik lily yg biru ngan cik hani.




dari kiri: syira, hani, lily, mel (yg tunduk), ticer dilla, wani, ajim,husni, ammar, zakwan, aku dan anak2 yang meningkat dewasa.






Ok la, sampai di sini saja nukilan saya. Nak masuk kan banyak line buat hal. Kalau lempang nanti merajuk. Biar kan dia.

Bye semua, jumpa lain kali. Hahaha



p/s: Maju la elek untuk Malaysia. Budak Elek 1 semua elek2 je sampai kantoi kerja kursus. Hahahaha

p/s lagi: Selamat hari Ibu buat semua ibu di dunia terutama mak saya. Sayangi la mereka sementara mereka masih ada. Bye ^_^




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment