Hai hai hai. Maka dengan ini bermula cuti sekolah selama 2 minggu tanpa henti. Kanak2 riang boleh tengok cerita kartun sampai muntah hijau, kuning. biru laut dan lain2.
Ok pejam celik, pejam celik, pejam tak celik terus pon ada, sudah pun sampai di penghujung bulan 5. Tak lama lagi nak puasa.
Ok permulaan yang agak baik kak senah oi. Haaa da lama tak hupdate belog ni. Kekok pula nak menaip. Dulu masa nak menulis, kekok sebab asyik menaip je. Padan kan muka ko. Hahaha kekejaman berlaku juga.
Da da setop merepek. Hupdate belog ni sebab cik ziqah suruh. Kalau tak sampai buka sekolah aku tak sentuh. Awww
Bukan apa. Sekarang da sibuk. Macam2 nak kena buat. Penat giler kot. Tengok belog pon nama giler. Bertambah giler aku.
Kita berbalik pada tajuk. "Permulaan baru". Apakah?? Sejenis tumbuhan kah?? Sejenis haiwan kah?? sebenar nya sejenis mamalia tapioka. Takde la. Permulaan, orang putih kata new beginning, orang lain kata start, budak gamer kata new game or restart.
Lantak pi dorang nak habaq apa. Ceq tak kisah. Pernah dengar pasal revolusi kehidupan?? Dari kita lari sampai la lagi bape hari je nak hidup. Orang panggil kitaran kehidupan. Seorang pergi, ada yang datang.
1) Apabila kita lahir
Orang akan tanya nama, berat, dan apa ek?? Zzzzzz
Ya, aku skip. Kalau nak cite sampai dia membesar tu agak ambil masa bertahun-tahun lama nya. Bila suda besar, da kenal mana haram dan halal (kadang2 buat tak kenal), orang akan tanya "bila nak kahwin". Bila da kahwin orang tanya "da berapa anak??". Bila da beranak pinak orang tanya "bila nak bercucu??". Begitu la kitaran nya sampai la tak tahu bila penghujung nya
yeeeee maka sampai sini sahaja la. Apa pun persoalan dan manusia tak dapat di pisah kan ibarat aur dan tebing, hati2 kadang2 tsunami yang datang.
Chow dulu. Hahaha bye yawwww
p/s: aku ingat nak buat karangan lengkap, tapi penat punya pasal terpaksa la sikit kan.
p/s: maka nampak la keseriusan aku dalam berkarya. Hahahahah
No comments:
Post a Comment