Seperti yang aku janjikan untuk aktif dan produktif dalam mengaktifkan belog yang tak seberapa ini. berapa banyak tif da dalam ayat.
Dah dah, aku malas nak pusing2 ayat. kita ke topik yang penting dan serius (wow serius nya belog ni. korang patut scary sheit you know)
Pasai apa superman tak mau landing kat mesia. padahal memacam negara da dia pegi tapi tak mau lepak2 kat malaysia.
If we can see(chewaaa), Malaysia ada cuaca yang sesuai untuk superman (google translate lembap kita melayu saja na)
Hal ini demikian kerana (wah wah mohon terkesima ngan ayat gua ni) Malaysia mempunyai panas dan lembab sepanjang tahun yang sesuai ngan Superman. Kan kan
kan kalau tengok kartun dia tu. dapat kuasa balik lepas kena matahari. tak tau pasai apa dia tak terkena sinaran UV yang merbahaya mungkin pasai dia kebal ke an.
Bayangkan lah kan. gunakan imaginasi korang tu. kalau dia dok kat Malaysia. Penat wooo layan orang kita. Bukan dok tangkap penjahat je.
Kita mostly akan minta tolong benda yang bukan2 contohnya
1.) tolong ambilkan barang kat tempat tinggi
Ni biasa pi shopping ni. Nak beli tisu tapi depa dok letak kotak2 tisu tudia atas rak tinggi2 wo. silap2 tarik abes kena himpap dengan bebanyak tisu. dengan adanya superman kat mesia, barang tinggi bukan masalah lagi.
Ye ye lukisan aku tak lawo. jangan kutuk hotak.
2.) tolong kopekkan durian
sekarang ni musim durian pula. sana sini jual durian. ada yang ngidam sangat sampai pi petik durian (ni mesti kes follow blog akak aku. rosak terus perangai).
bila da berdurian kena kopek iyedok. kadang2 tu bila pakcik2 ni nak mengopek untuk makcik da tak larat. menggeletar 1 badan. durian tu lama2 jadi tempoyak da nunggu dikopek nye
3.) Tolong cari barang hilang
ni biasanya terjadi kat gegadis. kenapakah? mostly dorang akan beli beriban pin tudung and then selepas seminggu ade 2 3 ketoi je tinggal. mostly yang jumpa hasben dorang sebab da tercucuk kat pungkoq. huhuhu
pasai ni lah superman malas lepak mesia. nanti penat je ngan benda pelik2.
okay entry kali ni takde ending. abih macam tu ja
p/s: malas nak pikir penutup. biaq pi cantu ja. huhu